Halaman

BERSIH 2.0

BERSIH 2.0

Khamis, 16 Jun 2011

Amalan Rasulullah s.a.w. Ketika Gerhana

Pada zaman Nabi s.a.w. telah berlaku suatu gerhana matahari. Para sahabat r.anhum telah terfikir bahawa mereka perlu meneliti apakah yang akan diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedemikian? Para sahabat r.anhum yang sedang sibuk dengan pekerjaan masing-masing telah meninggalkan pekerjaan mereka lalu berlari-lari datang ke masjid. Budak-budak yang sedang berlatih memanah pun meninggalkan urusan mereka lalu pergi untuk melihat amalan yang akan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w. mendirikan solah sunat gerhana dua rakaat yang begitu panjang sehingga ramai yang jatuh pengsan. Baginda s.a.w telah menangis dalam solah itu sambil berdoa.
“Ya Allah, tidakkah Engkau menjanjikan kepadaku bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku ada bersama mereka dan tidak akan mengazab mereka selagi mereka beristighfar.”
(Allah S.W.T menjanjikan perkara ini dalam surah al-Anfal)
yang bermaksud, “Dan Allah S.W.T sekali-kali tidak akan mengazab mereka sedang engkau (wahai Muhammad s.a.w) berada di kalangan mereka dan Allah S.W.T. tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun).” (al-Anfal 8: Ayat 33)
Kemudian Rasulullah s.a.w menasihati orang ramai, “Apabila berlaku peristiwa seumpama ini dan berlaku gerhana bulan atau matahari maka segeralah bersolah. Sekiranya kamu tahu perkara-perkara akhirat seperti yang sedang aku lihat maka pasti kamu akan kurang ketawa dan banyak menangis. Apabila berlaku peristiwa seumpama ini maka hendaklah kamu bersolah, berdoa dan bersedekah.” - sumber : http://www.arabmykrk.com

THE RED WARRIORS GAH DI PERSADA LIGA

Mat Yo menjaringkan gol penting
Selepas gagal menjulang Piala FA buat pertama kali Sabtu lepas, Kelantan bangkit memastikan kemenangan perlawanan Liga Super malam ini setelah menumpaskan Perak 1-0 seterusnya mengekalkan kedudukan teratas liga pada aksi di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Baharu malam ini.Berbaki satu lagi perlawanan, skuad bimbingan Datuk M. Karathu kini mengutip 53 mata dan hampir pasti mengukuhkan cengkaman untuk membawa pulang trofi berprestij Liga Super ke Kelantan buat julung kali.Aksi terakhir di gelanggang sendiri malam ini menyaksikan penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha membuat jaringan tunggal dengan rembatan sebelah kiri gawang Perak menerusi hantaran lintang oleh Mohd Daudsu Jamaluddin pada minit ke-53 untuk memastikan Kelantan mengutip tiga mata penuh. 

Hantaran kemas dari Daudsu membuka peluang untuk Mat Yo menjaringkan gol kemenangan.


Sementara itu, Terengganu yang baru ditabalkan juara Piala FA Sabtu lepas terpaksa bekerja keras melayan karenah 'adiknya' sebelum menewaskan T-Team dengan 3-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

dengan keputusan itu, skuad 'peteh ganu peteh' kini masih berada di tangga ketiga liga iaitu mengumpul 50 mata, tiga mata di belakang Kelantan dan satu mata di belakang Selangor.

Tiga gol Terengganu masing-masing dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahaya menerusi sepakan penalti pada minit ke-59, Md Alimi Fahmi Kamaruddin (min-74) dan Abdul Manaf Mamat (min-86) sementara dua gol T-Team masing-masing dijaringkan oleh Samsul Kamal Mohamad (min-61) dan Indra Putra Mahayuddin (min-73).

Di JOHOR BAHARU, Johor FC tidak mensia-siakan peluang terakhirnya bermain di gelanggang sendiri apabila turut menang tipis 2-1 ke atas Pahang pada perlawanan di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Dua jaringan tuan rumah masing-masing dijaringkan oleh Mohd Khairul Ismail pada minit ke-24 dan Mohd Rashid Aya (min-84) sementara gol tunggal skuad Tok Gajah disumbat oleh Azamuddin Mohd Akil (min-58).

Di ALOR SETAR, Kedah terikat seri 1-1 dengan Negeri Sembilan pada perlawanan di Stadium Darul Aman.

Kedah terlebih dahulu di hadapan apabila menjaringkan gol pembukaan oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-73. Namun harapan Kedah terpaksa berkubur apabila pemainnya sendiri, Shahril Faizal menjaringkan gol sendiri pada minit ke-81.

Di KANGAR, jaringan Razlan Oto pada minit ke-27 membolehkan Sabah mengutip tiga mata penuh apabila menang 1-0 ke atas pasukan tercorot liga, Perlis pada aksi di Stadium Utama Negeri. (BERNAMA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan