Halaman

BERSIH 2.0

BERSIH 2.0

Rabu, 27 Julai 2011

Laporan dan Video: Kelantan Juara Piala Presiden 2011.

President Warriors menepati ramalan awal dengan muncul juara Piala Presiden 2011 selepas membenam Johor MP Muar FC 2-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.



Mohd Khairul Izuan Rosli muncul wira setelah jaringan pada minit ketiga masa tambahan memberikan Kelantan kejuaraan selepas kali terakhir melakukan pada tahun 2005.

Bermain diatas padang licin memberikan kelebihan kepada tuan rumah untuk mendapatkan gol awal dengan melakukan serangan demi serangan kearah pintu gol pelawat.

Hasilnya, Aris Zaidi menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-8 perlawanan selepas penjaga gol MP Muar, Mohd Khairul Izzuwan Saari gagal menangkap kemas sepakan sudut membolehkan penyerang Kelantan tersebut menampan masuk dari jarak dekat.

Selepas gol tersebut, perlawanan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan untuk mendapatkan jaringan.




Namun, MP Muar lebih bernasib baik selepas sepakan kencang Mohamad Norhakim menerjah jaring untuk gol penyamaan pada minit ke-23.

Gol penyamaan menyemarakkan semangat pasukan pelawat untuk terus memburu jaringan tetapi kekentalan barisan pertahanan Kelantan membolehkan keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan memulakan dengans serangan pertama melalui gandingan Norfarhan Yaacob dan Aris Zaidi tetapi pertahanan MP Muar bijak menyerap asakan.

MP Muar turut berpeluang menambah jaringan namun kegopohan barisan depan melakukan penyudah menggagalkan usaha mereka.

Pertengahan babak, Azyu Ikmal menerima hantaran cantik dari Nick Chan namun sepakan penyerang gantian Kelantan dari jarak dekat berjaya ditampan sebelum dikeluarkan pertahanan MP Muar.


Empat minit sebelum tamat, President Warriors terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Zamri Ramli dilayangkan kad merah selepas mengasari ketua pasukan MP Muar Fc.

Tambahan masa tiga minit yang diberikan gagal digunakan kedua-dua pasukan untuk mencari gol kemenangan memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Pada minit ke-93, Mohd Khairul Izuan Rosli mengembirakan hampir 5000 penyokong setia setelah menyudahkan hantaran Akid Ramli dengan sepakan kencang dari luar kotak penalti ke arah bucu kiri pintu gol MP Muar untuk gol kedua Kelantan.

MP Muar yang ketinggalan tidak berputus asa dengan melakukan beberapa serangan bahaya kearah pintu gol Kelantan tetapi ketumpulan penyerang mengecewakan kem pasukan dari Johor tersebut.

Ketika perlawanan hampir ditamatkan, MP Muar pula terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah mereka dilayangkan kad merah hasil kekasaran keatas Aris Zaidi.

Seminit kemudian, perlawanan akhirnya ditamatkan oleh Shamsudin Ibrahim untuk memberikan Kelantan kejuaraan keempat sepanjang 25 edisi Piala Presiden dipertandingkan.

Selaku juara, Kelantan membawa pulang Piala Pusingan, medal dan wang tunai sebanyak RM100 000 manakala MP Muar FC mendapat medal dan wang tunai sebanyak  RM50 000 selaku naib juara. -RedsfcNews-

Kesebelasan utama:

Kelantan: Zahasmi Ismail
Muhamad Syazwan (Gk), Faizol Nazlin, Syafiq Haikal (Norhamizi Haron), Nik Shahrul Azim (KP), Zamri Ramli, Khairul Izuan Rosli, Norsyahrul Hawari(Nicholas Chan), Mohamad Syawal Rudin (Zabeel Mat Noor), Muhammad Shahiran Md Zin (Mohamad Azyu Ikmal), Farhan Yaakub (Akid Ramli) dan Mohamad Aris Zaidi.

MP Muar: Rosli Omar
Mohd Khairul Izzuwan Shaari, Muhammad Adli Muhammad (N Kartigesu), Afiza Azhar (S Sadesh Kumar), Mohd Nadzmeer, Mohd Nor Hakim, Zailan Mohamad (Muhammad Shazrul Nizam), M Tamilselvam, Mohd Afiq Akmal (R Nandakopal), Muhammad Fauzi (KP), Nasrullah Haniff Johan dan S Harivarman (Ahmad Hisyamudin Alias).

Sabtu, 23 Julai 2011

Fantasi Premier League 2011/2012 .

Kepada peminat Fantasi Liga Inggeris 2011/2011, anda boleh mendaftarkan diri anda sekarang di http://fantasy.premierleague.com untuk menyertai musim baru permainan online ini.



RedsfcNews telah membuka beberapa Liga di sana dan kepada yang berminat boleh menyertai liga fantasi ini.

Berikut adalah senarai Liga dan Kod:

Liga RedsfcNews
Kod: 10074-4428

Liga Kelantan FA
Kod: 10074-4437

Liga Kelab Penyokong TRW
Kod: 10074-4453

Liga Sek Lipak
Kod: 10074-4463

Liga TRC Gegar
Kod: 10074-4472

Liga Head to Head Kelantan
Kod: 10074-4514

Head to Head Kelate.net
Kod: 10074-31893

Malaysian Football fan League
Kod: 10074-4535

Liga Ore Kelate
Kod: 10074-4571

Ahad, 17 Julai 2011

Ringkas: Final Piala Presiden 2011 Main di Kota Bharu.

Perlawanan akhir Piala Presiden 2011 menemukan Kelantan President Warriors melawan Johor MP Muar FC akan diadakan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.



Perlawanan akan dilangsungkan pada 26 Julai 2011 bermula jam 8.45 malam.

Menurut maklumat yang disiarkan di laman Astro Arena, perlawanan akhir ini turut diadakan secara langsung di syarikat televisyen berbayar tersebut.

Penentuan final diadakan selepas pasukan Kelantan bimbingan Zahasmi Ismail menang keatas Selangor PKNS manakala MP Muar pula menundukkan SSBJ dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Jangan Salahkan "Apek"

Bolos tujuh dari sepuluh gol keseluruhan dalam dua perlawanan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Khairul Fahmi Che Mat nyata menerima kritikan dari segelintir penyokong Malaysia.



Ramai pihak mahu ketua jurulatih Malaysia mengkaji balik tempat pemain ini dalam skuad Kebangsaan ketika pertemuan menentang Singapura nanti.

Biarpun semua gol tersebut bukan berpunca dari kesilapan Khairul Fahmi, para penyokong tetap secara terbuka melontarkan kata-kata nista kepadanya.

Jika dikaji balik video perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool, kita tidak lihat kesilapan yang dilakukan penjaga gol utama skuad kebangsaan tersebut kerana hampir kesemua gol bolos berpunca dari kelemahan pemain pertahanan negara dimana Khairul Fahmi menjadi mangsa kerana dia berada di posisi tidak kena pada masanya.

Kebanyakan gol jaringan pasukan tersebut dilakukan dalam kawasan penalti dimana tiada seorang pemain Malaysia mencabar menyebabkan gol Malaysia bolos dan terus bolos dengan sangat mudah.

Tidak Khairul Fahmi seorang, seandainya Sharbinee, Nasril ataupun penjaga gol kelas dunia seperti Reina, Valdes dan Van Der Sar sekalipun, bola yang disepak lawan dalam posisi tidak dicabar mana-mana pemain bukan mudah untuk diselamatkan.

Tetapi, komen-komen dari bijak pandai serta para pengkritik tidak bertauliah tetap mempersalahkan penjaga gol yang terang-terang bakal merenggut semangat pemain muda ini dikala saingan maha penting akan dilalui tidak lama lagi.

Selaku peminat setia, kritikan wajar diberikan andai seseorang pemain benar-benar melakukan kesilapan yang membawa padah buruk kepada pasukan tetapi jelas penjaga gol dari Kelantan menerima kritikan ekoran kesilapan pemain pertahanan.

Kita harus sedar, lawan yang dihadapi berbeza amat dengan lawan dari pasukan negara Asean dan Asia Tengah kerana lawan dibarisi gabungan pemain berlaianan negara yang menerima gaji puluhan ribu serta ratusan ribu seminggu berbanding skuad kita hanya belas ribu.

Mengapa perlu disalahkan kepada pemain ini sedangkan barisan pertahanan yang melakukan kesilapan mudah membenarkan pasukan lawan menerjah kubu negara dengan senang lenang.

Liverpool miliki sejarah gemilang

 LIVERPOOL FC adalah kelab bola sepak profesional Inggeris yang beraksi pada Liga Inggeris (EPL).Mereka bermain di Anfield sejak kelab itu ditubuhkan pada 1892 dan disenaraikan dalam Football League setahun kemudian.

      Kelab kedua paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris,Liverpool sudah memerangi 18 kejuaran liga,7 Piala FA dan rekod 7 Piala Liga.Liverpool juga adalah kelab Inggeris paling berjaya dalam pertandingan Eropah sesudah memenangi 5 Piala Eropah,kali terakhir pada 2005,3 Piala Uefa dan Piala Super Eropah.Kelab itu kini memduduki reking keempat di Eropah dak ketujuh di dunia dengan kejuaraan terbanyak di peringkat antarabangsa.

      Liverpool ditubuhkan berikutan pertelagahan antara jawatankuasa Everton FC dan John Houlding,presiden kelab dan pemilik tanah si Anfield.

     Selepas lapan tahun bermain di stadium itu,Everton beralih ke Goodison Park pada 1892 dan Houlding menubuhkan Liverpool FC untuk beraksi di Anfield.Dengan nama asal Everton FC and Athletic Grounds Ltd ( ringkasnya Everton Athletic ),kelab itu bertukar nama kepada Liverpool FC pada Jun 1892 selepas persatuan Bola Sepak Inggeris ( FA ) enggan mengesahkan kelab itu sebagai Everton.

      Dalam musim sulungnya,pasukan itu menjuarai Liga Lancashire,sebelum menyertai Divisyen Dua pada permulaan musim 1893-1894.Selepas berakhir sebagai juara,kelab itu meningkat ke Divisyen Satu,yang dimenanginya pada 1901 dan sekali lagi pada 1906.

      Liverpool memenangi dua kejuaraan lega berturut-turut pada 1922 dan 1923,tetapi tidak memenangi sebarang trofi hingga musim 1946-1947 apabila kelab itu mengunguli Divisyen Satu buat kali kelima.Selepas kalah kepada Bunley pada final pertama kelab itu dalam Piala FA pada 1914,Liverpool ditumpaskan buat kali kedua pada 1950 oleh Arsenal.Kelab itu merudum ke Divesyen Dua pada musim 1953-154.

     Sebaik kecundang di tangan kelab bukan liga,Worcester City pada Piala FA,Bill Shankly silantik menjadi pengurus dan beliu melepaskan 24 pemain.Beliu mengubah satu bilik simpanan but bola di Anfield kepada bilik perbincangan stategi si kalangan jurulatih dan Shankly serta jurulatihnya Joe Fagan,Reuben Bennett dan Bob Paisley mula membentuk pasukan.

      Shankly membawa masuk dua pemain utama dari Scotland,pertahanan Ron Yeats dan penyerang Ian St.John,yang pantas menjadi tonggak utama kejayaan kelab itu.Kelabitu kembali beraksi dalam Diyisyen Satu pada 1962 yang dimenanginya buat kali pertama dalam tempoh 17 tahunpada 1964.

      Tahun berikutnya,kelab itu memenangi kejuaraan berganda liga dan Piala Uefa ketika musim 1972-1973 dan Piala FA sekali lagi setahun kemudian dan tidak lama kemudian Shankly bersara dan digantikan oleh penolongnya,Paisley.

      Di bawah kendalian Paisley,kelab itu menang datu kejuaraan berganda liga dan Piala Uefa pada tahun 1976.Musim berikutnya,kelab itu mempertahankan kejuaraan Liga,memenangi Piala Eropah buat kali pertama tetapi tumpas pada fianal Piala FA.

     Liverpool mempertahankan Piala Eropah mudim berikutnya Divisyen Satu pada 1979.Selama 9 musim Paisley menjadi pengurus,Liverpool merangkul 21 trofi,termasuk tiga Piala Eropah,satu Piala Uefa,enam kejuaraan liga dan tiga Piala Liga dan satu-satunya trofi yang tidak dimenanginya adalah Piala FA. 


Sabtu, 16 Julai 2011

Laporan dan Video: Harimau Malaya Kena Belasah Lagi.

Ternyata Harimau Malaya bukan lawan Liverpool selepas gergasi England itu mudah meratah anak buah Datuk K. Rajagobal 6-3 dalam siri jelajah Liverpool ke Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang tadi.



Malaysia sebenarnya boleh mencatatkan keputusan lebih baik namun kealpaan pemain pertahanan nyata memberi ruang yang terlalu luas kepada pemain Liverpool melakukan jaringan.

Permulaan babak pertama menyaksikan aksi lambat panas skuad Liga Inggeris tersebut sehingga gagal melakukan penyudah berkesan kearah pintu gol skuad negara.

Namun pada minit ke-28, Liverpool dianugerahkan satu sepakan penalti selepas Asrarudin Putra didakwa mengasari Andy Carrol. Pemain yang baru dibeli, Charlie Adam tenang menggunakan peluang itu untuk memberikan gol pendahuluan kepada Liverpool.

Selepas itu, Liverpool memperoleh banyak peluang menambah jaringan tetapi gandingan Andy Carrol dan Raul Meireles gagal menyudahkan kedalam jaring.

Malaysia yang sering diasak Liverpool bagaimanapun mendapat jaringan penyamaan pada minit akhir masa pertama selepas ketua pasukan, Safiq Rahim melakukan satu sepakan percuma kencang menewaskan penjaga gol Liverpool, Brad Jones.

Memasuki babak kedua perlawanan, Liverpool mengandakan serangan untuk jaringan kedua tetapi gagal walaupun mempunyai banyak peluang terhidang.


Sehinggalah pada minit ke-67, kesilapan yang dilakukan Fadzli Shas dan Muslim Ahmad didalam kotak penalti memberi ruang kepada David Ngog menampan masuk kedalam gol yang terbuka luas.

Selang dua minit kemudian, Muslim sekali lagi gagal melakukan sepakan keluar dengan kemas memudahkan Ngog melakukan penyudah deras kedalam gawang Malaysia menewaskan Khairul Fahmi Che Mat buat kali ketiga.

Benteng Malaysia bocor buat kali keempat pada minit ke-74 selepas Maxi Rodriguez tenang menyempurnakan hantaran lintang Emiliano Insua dari sebelah kiri pintu gol Malaysia.

Menyedari tekanan serangan bertubi-tubi pasukan lawan, K. Rajagobal memasukkan dua pemain perancang, Amirul Hadi Zainal dan Shakir Shaari.

Kemasukan dua pemain ini menyuntik tenaga di bahagian serangan Malaysia selepas hantaran Amirul Hadi Zainal kedalam kotak penalti Liverpool disudahkan Safee Sali dengan sepakan dari jarak dekat pada minit ke-79.

Pada minit ke-81, Safee Sali menjaringkan gol peribadi kedua dan ketiga buat Malaysia melalui penyudah cantik selepas menerima hantaran daripada Rizal Fahmi Rosid.

Malaysia hampir menjaringkan gol penyamaan dua minit selepas itu tetapi sepakan Ashaari Shamsudin mudah diselamatkan penjaga gol gantian Liverpool.

Ketika perlawanan memasuki masa tambahan, Maxi Rodriguez menghukum jentera pertahanan dengan gol kelima sebelum ketua pasukan Liverpool, Dirk Kuyt melengkapkan kemenangan besar dengan gol keenam pada minit akhir. -RedsfcNews-

Kesebelasan Utama:

Malaysia XI :
Sharbinee Allawee (GK) (Khairul Fahmi Che Mat), Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Shas (Rizal Fahmi), Muslim Ahmad (Farisham Ismail), Asrarudin Putra Omar, Baddrol Bakhtiar, Safiq Rahim (C), Amar Rohidan, S.Kunanlan, Abdul Hadi Yahya (Izzat Farris), Fakri Saarani

Liverpool FC :
Brad Jones (GK), Jamie Carragher (C), Jonathon Flanagan, Daniel Agger, Raul Meireles, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Charlie Adam, Andy Caroll

Khamis, 14 Julai 2011

Jaringan Neymar ,Pato bawa Brazil ke suku akhir...

CARDOBA: Hasil gol dari Alexandre Pato dan Neymar,Brazil dapt meloloskan untuk beraksi dlm pusingan suku akhir Copa America 2011.Tim samba menang 4-2 menentang Ecuador dlm peringkat kumpulan.hasil kemenangan itu Brazil berada di puncak kumpulan B dengan lima mata.

                     Gambar;Neymar dan Alexandra Pato ketika meraihkan jarigan buat pasukan Brazil


      Perlawanan berlaku sengit,kedua-dua pasukan bersungguh untuk menjaringkan gol pendahuluan.Hasilnya Alexandra Pato memecah kebuntuan gol pada minit ke 28 hadil hantaran silang Andre Santos dari sudut kiri terus ditanduk masuknya.keputusan itu tidak bertahan lama selepas Felipe Caicedo merembat masuk dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Cesar.

     Separuh masa kedua Brazil selaku pasukan pilihan terus menekan pasukan lawan,Neymar menjaringkan gol pada minit 47 bagi mendahului Ecuador.bagaimana pun semangat juang Ecuador berterusan dan menghasilkan gol penyamaan pada minit ke 59 hasil jaringan Felipe Caicedo.2 minit selepas itu sekali lagi Alexandra Pato membuat kegembiraan tim samba selepas menyambut bola muntah hasil tendangan Neymer pada minit 61.Neymar menghapuskan semangat juang Ecuador dengan jaringan hasil hantarang lintang Maicon terus menceceah jaring.Brazil menang 4-2 keatas Ecuado.

     Brazil akan bertemu Paraguay di suku akhir yang layak dengan kiraan tempat ketiga bersama Peru.sama-sama kita nantikan pertemuan kedua ini dalam edisi.

Senarai pemain;

Brazil: Julio Cesar, Maicon, Andre Santos, Thiago Silva, Lucio, Lucas Leiva, Paulo Henrique Ganso (Elias 77), Ramires, Robinho, Pato (Fred 85), Neymar (Lucas 80)

Ecuador: Marcelo Elizaga, Walter Ayovi, Fricson Erazo, Norberto Araujo, Neicer Reasco Yano (Gabriel Achilier 82), Cristian Fernando Noboa (Edsan Montano 90), Michael Antonio Arroyo Mina, Tilson Minda, Edison Mendez (Narcisio Mina 77), Felipe Caicedo, Cristian Benitez

President Warriors Terus Kecemerlangan Skuad Senior.

President Warriors meneruskan jejak cemerlang pasukan senior selepas melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Presiden 2011.



Tiada siapa memberi harapan kepada mereka pada permulaan musim namun Zahasmi Ismail membuktikan sebaliknya dengan membawa skuad muda Sang Kijang ke pentas final.

Selepas kali terakhir melakukan penampilan akhir pada tahun 2007 tetapi tumpas penentuan penalti kepada Perak, kali ini mereka berpeluang cerah untuk menjulang kejuaraan.

Tiada yang lebih bermakna kepada semua pemain dan pihak pengurusan Kelantan selepas wisel penamat dibunyikan pengadil untuk menewaskan PKNS dengan agregat 2-0.

Pengorbanan dari saingan liga dan pusingan kalah mati nyata berbaloi dengan keputusan yang mereka catatkan malah mereka mencipta satu sejarah dengan menjadi pasukan berstatus negeri terakhir bersaing di peringkat empat terbaik selepas semua pasukan negeri lain tersungkur di peringkat suku akhir.

Dalam perlawanan akhir nanti, mereka akan bertemu kelab dari Johor, MP Muar FC selepas pihak lawan tersebut menewaskan Sekolah Sukan Bukit Jalil dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

 Tempat perlawanan akhir masih lagi belum diumumkan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Cincin Rosmah Mansor berharga 24.5 Juta?


SEWAKTU anda sedang menjerit kesakitan dihinggapi belantan Polis, semasa anda penuh bersemangat melaungkan suara keramat rakyat, di saat anda basah kuyup disembur meriam air FRU dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagi menuntut demokrasi yang adil dan bersih, menuntut pilihanraya yang telus, ada seorang makhluk Allah yang bersenang lenang bermewah-mewahan dengan duit yang bukan dari titik peluhnya sendiri.


Pendedahan "dalaman" sistem kastam membongkarkan bahawa pembelian sebentuk cincin mewah yang berharga USD 24.5 Juta ada kaitan dengan Datin Paduka Rosmah Mansor, suami kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak merangkap presiden United Malays No Otak, UMNO. Rujuk printscreen di atas.

Jenis cincin yang dibeli pula adalah sebentuk cincin mewah, Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond Ring [Forbes]


Akal yang waras tidak akan dapat menerima kenyataan bahawa Rosmah Mansor si "kaki shoping" ini mampu dan tergamak membeli sebentuk cincin berharga USD 24.5 Juta. Dari manakah dia dapat wang sebanyak itu?

Adakah isterinya si Najib mampu dan sanggup memberikannya wang sebanyak itu hanya untuk membeli sebentuk cincin? Adakah suami Najib ini telah menyalah gunakan peruntukan RM111 Juta yang diberikan oleh isterinya pada bajet 2011 yang lalu?[

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/cincin-rosmah-mansor-berharga-245-juta.html#ixzz3q3HMnuRD

Downing Sertai Liverpool Dari Aston Villa

Aston Villa hari ini bersetuju melepaskan pemain tengah Stewart Downing kepada Liverpool. Selepas berunding untuk tempoh yang agak lama, Liverpool akhirnya bersetuju membayar Villa 20 Juta Pound seperti yang diminta oleh Villa. Downing dilaporkan akan menandatangani kontrak dengan Liverpool lewat hari ini selepas bersetuju dengan terma-terma kontrak yang bakal ditawarkan.

Downing, 26 tahun menjadi pemain ketiga dibeli Kenny Dalglish musim ini dan menjadikan jumlah bayaran perpindahan pemain melebihi 50 Juta Pound setakat ini. Terdahulu, Liverpool telah menandatangani Jordan Henderson dari Sunderland dan Charlie Adam dari Blackpool.

Young membuat penampilan pertama dengan United selepas keluar dari Aston Villa
Downing menjadi pemain ketiga keluar dari Aston Villa selepas Ashley Young ke Manchester United dan penjaga gol veteran Brad Friedel yang berpindah ke Tottenham Hotspurs. Tindakan mengambil Alex McLeish sebagai pengurus baru menimbulkan kemarahan peminat Villa dan penghijrahan pemain-pemain pula menambah lagi tekanan peminat. Villa bagaimanapun berharap mendapatkan Charles N'Zogbia dan Shay Given sebagai pengganti dalam masa terdekat.

Persahabatan Pra-Musim: Arsenal Tundukkan Malaysia 4-0

Arsenal bermula dengan cemerlang dalam siri Jelajah Pra-muism di Asia apabila memulakan kempen dengan membelasah Malaysia 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Arsenal menjaringkan 2 gol di setiap separuh masa untuk kemenangan selesa dihadapan puluhan ribu penyokong.

Arsenal mendahului seawal minit ke-4 menerusi Aaron Ramsey sebelum Theo Walcott menjadikan kedudukan 2-0 minit 37. Carlos Vela menambah 1 gol minit 59 dan kemenangan Arsenal dilengkapkan Tomas Rosicky pada masa tambahan perlawanan.

Fabregas tidak menyertai skuad ke Asia akibat kecederaan
Ini adalah perlawanan pertama Arsenal di Asia dalam pra-musim bagi persiapan mengahdapi musim akan datang. Selepas ini, mereka akan ke China dan mengadakan 1 lagi perlawanan menentang pasukan kelab China, Hangzhou Greentown sabtu ini.

Persahabatan Pra-Musim: Liverpool Menang Tipis di China

Liverpool memulakan Jelajah Asia dengan menang tipis 4-3 keatas kelab China, Guangdong Sunray Cave. Liverpool yang bermain tanpa kelibat kapten pasukan bermula dengan baik dan mendahului 2-1 pada separuh masa pertama. 2 gol Liverpool dijaringkan Cristian Poulsen dan David Ngog.

Kenny Dalglish memasukkan pemain yang baru dibeli Charlie Adam pada awal separuh masa kedua dan menukar kesemua 11 pemain. Pemain lain yang masuk termasuklah Andy Carroll, Dirk Kuyt dan Maxi Rodriguez. Liverpool menambah 2 lagi gol menerusi pemain muda Conor Coady dan Andy Carroll.
Adam membuat penampilan sulung bersama Liverpool
Ketika perlawanan seolah-olah berakhir dengan kemenangan selesa kepada Liverpool, Guangdong menambah 2 gol pada lewat permainan namun gagal mengubah kemenangan kepada Liverpool. Liverpool akan ke Malaysia untuk perlawanan kedua Sabtu ini dan akan mengakhiri jelajah Asia di Singapura.

Rabu, 13 Julai 2011

Kenali 'wirawati' BERSIH 2.0 - Makcik Anne

Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakaian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih.

NONEWanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.

Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.

Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

“Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan.

NONE“Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk merakamkan gambar itu tetapi polis mula menembaknya dengan meriam air... dia tidak terdaya menahannya dan terus berjalan beredar dari kawasan itu.”

Katanya, Makcik Anne dikesan pada awal perhimpunan itu kerana statusnya sebagai warga emas.

“Sebab itu, banyak juga gambarnya yang berdear di Internet. Bukan saya sahaja yang merakamkan gambarnya pada hari itu,” kata Teng, bekas jurugambar akhbar harian Cina Oriental Daily News.

Malaysiakini sempat mewawancara Makcik Anne ketika beliau berjalan seorang diri di Jalan Petaling pada perhimpunan Sabtu itu. Katanya, lebih “mudah jika berjalan seorang diri”.

"Saya sudah tua tetapi terus berjalan kerana mereka merampas kebebasan saya. Sekarang saya tak boleh pakai baju kuning sekalipun,” katanya.

"Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya.”

Selasa, 12 Julai 2011

Bersih: PAS jamin bela kakitangan awam, mahasiswa

KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS akan bersama dan memberi perlindungan kepada mana-mana kakitangan awam, mahupun mahasiswa yang dikenakan tindakan tatatertib ekoran menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Komitmen itu dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily hari ini.
"Kita akan memberi perlindungan kepada mereka jika dikenakan tindakan, kita tetap bersama mereka," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata PAS kesal dan kecewa dengan sikap kerajaan yang mahu menghukum mereka yang menuntut demokrasi dalam negara diperbetulkan.

"Sepatutnya mereka perbetul apa yang seperti dituntut Bersih, bukan mengambil tindakan terhadap rakyat yang mahu perbetul demokrasi yang sudah tempang ini," tegasnya.

Jika dibuat, tindakan itu juga jelasnya bertentangan dengan titah Yang DiPertuan Agong yang mahu kerajaan bertindak secara adil terhadap rakyat.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah hari ini berkata kakitangan awam mahupun pelajar tajaan JPA yang didapati menyertai perhimpunan haram Bersih kelmarin akan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan bahagian masing-masing.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau penglibatan golongan itu pada perhimpunan tersebut dan masih menunggu laporan daripada pihak polis sebelum menggerakkan langkah seterusnya.

Kelantan Tambah Koleksi Piala.

Kejayaan menjuarai Liga Super menambah koleksi Piala dalam almari The Red Warriors untuk sekurang-kurangnya semusim lagi.



Setelah melalui penat jerih selama empat tahun dalam saingan Liga Malaysia, piala idaman bukan lagi perkara mustahil untuk dicapai.

Memulakan kejuaraan dengan Piala Malaysia, pemain meneruskan aksi cemerlang dalam penentuan Piala Sumbangsih sebelum menjulang Piala Liga Super, baru-baru ini.

Walau direncatkan dengan kekalahan tipis perlawanan akhir Piala FA, ternyata impian melihat piala-piala utama yang dipertandingkan di Malaysia berada di Kota Bharu sudah digapai.

Para penyokong ternyata gembira dengan kejayaan berterusan pasukan Kelantan walau pada awalnya diberi sasaran sederhana pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Justeru itu, harapan terus disandarkan kepada pihak didalam pasukan Kelantan meneruskan aksi cemerlang mereka dalam saingan Piala Malaysia seterusnya menghadapi musim hadapan dengan lebih bergaya terutamanya dalam kancah Piala AFC

Format Liga Malaysia 2012 Tidak Berubah.

Jawatan Kuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermesyurat di Wisma FAM tengahari tadi telah memberi beberapa ketetapan berhubung dengan format baru Liga Malaysia 2012.



Seperti yang dijangkakan, pemain import bakal mewarnai kembali arena bola sepak tempatan selepas tiga tahun diharamkan. Pihak FAM telah menetapkan dua pemain sahaja boleh diambil setiap untuk memperkuatkan pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia.

Selain itu,  Persatuan Induk itu juga telah sepakat tidak melakukan perubahan pada format pertandingan Liga Super dimana 14 pasukan terus kekal bersaing.

Laporan sebelum ini menyatakan FAM mahu merubah format pertandingan kepada 12 pasukan untuk menaikkan mutu Liga Bola Sepak Tempatan.

Perlis dan Pahang disahkan bakal beraksi di Liga Perdana manakala dua pasukan teratas Liga Perdana, PKNS FC dan Sarawak naik secara automatik mengisi kekosongan yang ditinggalkan dua pasukan tersebut.

Skuad Olimpik Singapura pula bakal menyertai saingan Liga Super 2012 bagi mengantikan Harimau Muda A yang beraksi di Liga Singapura. -RedsfcNews-

Analisis Lapan Pasukan Terakhir Liga Super 2011.


Kelantan.


- Juara Liga Super
- Juara Piala Sumbangsih
- Naib Juara Piala FA
- Kejuaraan AFC 2012
- Layak bermain Piala Malaysia  

The Red Warriors mengenepikan ramalan awal beberapa pihak bahawa mereka akan menjadi pasukan sederhana ekoran kehilangan beberapa tonggak utama. Tetapi dengan menampilkan persembahan konsisten dalam setiap perlawanan, mereka bangkit untuk mengekalkan tempat selaku pendahulu sehingga saingan tamat. Walaupun berdepan masalah pada pertengahan musim, mereka dapat menghadapi segala musibah seterusnya menjadi pasukan kelima menjulang kejuaraan dalam edisi kelapan Liga Super. Selain itu, Sang Kijang turut merangkul kejuaraan dalam Piala Sumbangsih, memastikan pencabar terdekat, Selangor hampa untuk menjulang piala buat kali ketiga. Kelantan turut mara ke perlawanan akhir Piala FA tetapi melepaskan status pemenang pada masa kecederaan. Dengan kejuaraan yang diraih, Kelantan mendapat tiket automatik ke pentas Asia pada tahun 2012. Secara keseluruhannya, Kelantan merupakan pasukan paling konsisten sepanjang saingan Liga Malaysia 2011 untuk menobatkan mereka pasukan terbaik dalam dua kejohanan yang disertai.

Terengganu


- Naib Juara Liga Super
- Juara Piala FA
- Kejuaraan AFC 2012
- Layak bermain Piala Malaysia 

Terengganu meneruskan kelangsungan mereka selaku pencabar terdekat Liga Malaysia selama tiga tahun berturut-turut. Bezanya, pada tahun ini mereka dapat menjulang kejuaraan Piala FA selain menamatkan saingan Liga setakuk lebih tinggi dari biasa. Prestasi ala yo-yo yang ditunjukkan pemain Terengganu pada akhir musim menamatkan kedudukan mereka di tempat kedua tetapi bangkit mengejar untuk menang Piala FA bukan satu tindakan yang dapat diduga. Namun, nyata nasib mereka begitu baik untuk terus bersaing dengan Kelantan memburu status Gergasi Pantai Timur. Secara keseluruhannya, Terengganu kekal selaku pasukan pencabar terdekat yang menghapuskan dominasi Selangor untuk berada di kedudukan kedua.

Selangor


- Ketiga Liga Super
- Naib Juara Piala Sumbangsih
- Separuh Akhir Piala FA
- Layak bermain Piala Malaysia

Status gergasi mula luntur setelah mudah dikalahkan pihak lawan dikala memerlukan mata kemenangan. Memulakan saingan kalah 0-2 kepada Kelantan dalam Piala Sumbangsih, mereka sempat bertakhta di singgahsana Liga tetapi mula menunjukkan kemerosotan pada penghujung saingan Liga Super. Menambah kekecewaan, mereka teruk dibelasah Kelantan dalam separuh akhir pertama Piala FA untuk tersingkir dari saingan dengan agregat 6-2. Namun, dengan pencapaian yang diperoleh sepanjang saingan selain dihuni ramai pemain Kebangsaan, Selangor masih lagi kekal antara pasukan yang mampu memberi masalah kepada pasukan lawan. Rekod mereka lebih baik bilamana beraksi di gelanggang lawan berbanding bermain di arena Shah Alam. Rumusan keseluruhan The Red Giants, mereka antara pasukan terhebat Liga Malaysia tetapi kekurangan mental pada saat akhir untuk tersungkur kepada dua pasukan dari Pantai Timur namun status pencabar kekal menjadi milik mereka pada tahun 2011.

Kedah


- Ke-empat Liga Super
- Pusingan Kedua Piala FA
- Layak bermain Piala Malaysia

Kedah menamatkan saingan Liga Super di tempat keempat hasil sikap tidak berputus asa pemain mereka untuk bangkit selepas prestasi tidak menentu pada awal saingan. Mereka terpaksa melakukan perubahan dari pucuk pimpinan dan menukar ketua jurulatih untuk kekal bersaing namun sudah terlewat untuk mengejar tiga pasukan teratas. Selepas berhempas pulas, mereka akhirnya menamatkan saingan di kedudukan "top 5" untuk memberi sedikit kelegaan kepada para penyokong setia. Tetapi cukup kecewa pada saingan Piala FA selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Felda United seawal pusingan kedua. Rumusan akhir kepada pasukan Sang Kenari ialah mereka boleh bangkit dengan lebih cemerlang andai dapat menggunakan khidmat kesemua pemain utama tetapi terpaksa akur ekoran kecederaan panjang. Kedudukan keempat boleh dibanggakan ketika mereka hanya mengharapkan pemain muda untuk beraksi dalam keseluruhan musim Liga Malaysia setakat ini.

Harimau Muda


- Kelima Liga Super
- Pusingan Kedua Piala FA
- Layak bermain Piala Malaysia 

Skuad bimbingan Ong Kim Swee pada awalnya dilihat bakal menamatkan saingan di tempat ke-enam kebawah namun mereka dapat mencatatkan beberapa kemenangan penting pada saat akhir. Walau menghadapi jadual padat ekoran beraksi dalam kelayakan Olimpik selain beberapa pemain dipanggil sertai skuad Senior Kebangsaan, mereka kekal dengan momentum untuk mencatatkan kedudukan lima terbaik. Mengenepikan Perak setakuk di bawah, Harimau Muda sedikit hampa kerana menjadi pasukan pilihan tersingkir di pusingan kedua Piala FA kepada pasukan premier, Johor. Namun dengan semangat dan komitmen tinggi para pemain yang digabungkan dari seluruh negara, Harimau Muda masih mampu menjadi pencabar kepada pasukan teratas lain walaupun tugasan antarabangsa membataskan prestasi mereka. Secara keseluruhannya, Harimau Muda boleh berbangga kerana dengan pemain yang ada serta kekurangan penyerang dapat diatasi dengan kelebihan pemain yang memiliki skill individu terbaik. Justeru itu, Harimau Muda merupakan delegasi pemain harapan dapat dikeluarkan andai para pemain kekal dengan prestasi mantap sepanjang masa.

9 Julai: Usah lempar batu sembunyi tangan

Apakah takrif keganasan yang digunapakai oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis sendiri?

bersih rally petaling street 090711Bagi rakyat biasa, sesuatu pihak dikira melakukan keganasan apabila menyerang dengan segala kudrat dan senjata yang ada pada mereka (gas pemedih mata, air berkimia, menumbuk dan memijak) terhadap sasaran yang tidak bersenjata (kecuali botol air mineral) tetapi hanya berhimpun secara aman.

Inilah yang berlaku pada 9 Julai.

Tidak perlu Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengemukakan video untuk membuktikan sebaliknya kerana begitu banyak rakaman yang sudah sedia ada dalam laman-laman blog untuk tatapan seluruh dunia.

NONEDan jika bukti video itu tidak mencukupi, gambar-gambar Mohamad Sabu di atas kerusi roda dan foto enam jahitan di kepala ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad boleh juga diperolehi dengan mudah oleh Najib, Hisham dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk melakukan penilaian.

Kalau masih tidak memadai, mungkin ada pihak perlu memberi peringatan bahawa sebuah keluarga kini berkabung kerana kehilangan ketua keluarga mereka yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Kematian allahyarham Baharuddin Ahmad diselubungi dengan pelbagai dakwaan namun hakikatnya ialah beliau menemui ajal semasa asakan polis bagi menyuraikan sebuah perhimpunan bersih dan aman.
Remehkan kecederaan

Namun semua fakta ini tidak akan memberi kesan kepada Najib, Hishamuddin dan Ismail kerana mereka terpaksa mempertahankan kredibiliti Polis Diraja Malaysia.

NONEMaka, oleh kerana itulah Najib meremehkan kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mengakui ketua pembangkang itu ditembak dengan gas pemedih mata.

Ketua Polis Negara sebelum ini menafikan Anwar ditembak dengan gas pemedih mata, sungguhpun visual dan keterangan saksi menunjukkan keadaan sebaliknya.

Hishamuddin pula enggan mengakui polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke perkarangan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3Ismail sekali lagi menafikan insiden memalukan itu sungguhpun, wujud foto dan keterangan saksi yang menempelak penafian itu.

Tentunya Najib dan Hishamuddin tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas sebarang kekerasan polis sungguhpun apa yang berlaku Sabtu lalu lebih berpunca daripada keputusan-keputusan yang dibuat oleh mereka berdua.
Bertukar ganas

Persoalan asas ialah bila dan pada tahap mana perhimpunan aman BERSIH 2.0 bertukar menjadi ganas Sabtu lalu?

NONE“Keganasan” itu jelas tercetus apabila polis mula menyembur air berkimia dan gas pemedih mata serta melakukan tangkapan rawak ke atas sesiapa disyaki mendokong BERSIH 2.0.

Namun “keganasan” yang berlaku adalah pada satu pihak sahaja. Tidak ada tindak balas daripada rakyat yang menjadi sasaran.

Respon paling “agresif” beberapa peserta BERSIH ialah melontar balik sarung gas pemedih mata ke arah polis atau membuangnya ke dalam longkang dan sungai berdekatan.

NONEMereka mengharungi segala kesakitan akibat terhidu gas beracun atau terkena pancutan air berkimia atau kedua-duanya sekali. Rasa pedih dan loya dan sesak nafas hanyalah sebahagian daripada pengalaman yang terpaksa diharungi mereka.

Hakikat bahawa polis akan menggunakan kekerasan menjadi satu kepastian jauh sebelum 9 Julai menyingsing.
Aparatus polis

Ia menjadi satu hakikat apabila Hishamuddin bingkas mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram minggu lalu.

bersih2 rally 090711 03Hanya beliau dan Najib boleh menerangkan keperluan untuk sebuah rangkaian kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba-tiba boleh menjadi musuh kerajaan hanya kerana menuntut pilihan raya adil dan telus.

Apa yang jelas ialah Hishamuddin dan Najib menggunakan segala aparatus polis untuk memaksa penganjur BERSIH 2.0 membatalkan perhimpunan mereka, dengan disokong oleh media arus perdana dan institusi awam yang lain.

bersih2 rally 090711 01Namun rancangan itu tersasar kerana BERSIH 2.0 tidak beralah daripada matlamatnya mengadakan perhimpunan aman walaupun penyokongnya mula ditangkap di seluruh negara dan pemimpinnya diaibkan di media arus perdana.
Terima tamparan

Najib dan Hishamuddin juga menerima tamparan apabila Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil peranan negarawan dan berjaya “memujuk” BERSIH 2.0 membatalkan perarakan di jalan raya.

NONECampurtangan Seri Paduka itu membuka ruang untuk Najib dan Hishamuddin menyelesaikan kemelut BERSIH 2.0 secara baik, khususnya apabila penganjur bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan diadakan di sebuah stadium.

Namun belum sempat rakyat menarik nafas lega, gandingan sepupu ini mengisytiharkan bahawa BERSIH 2.0 pertubuhan haram dan tidak layak memohon permit.

bersih rally petaling street 090711Permohonan BERSIH 2.0 menganjurkan perhimpunan aman di Stadium Merdeka ditolak dan sebaliknya penganjur “diarah” mengadakan perhimpunan di stadium-stadium yang terletak di negeri–negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Tujuan arahan itu adalah jelas – Perdana Menteri cuba menyempitkan gerakan BERSIH 2.0 kepada sesuatu yang didalangi oleh pembangkang dan bukannya cetusan suara rakyat.
Justin Bieber lebih berhak

Najib memberi alasan kononnya Stadium Merdeka tidak boleh digunakan oleh BERSIH 2.0 kerana ia adalah mercu atau simbol negara, tidak masuk akal.

NONEStadium Merdeka telah berkali-kali digunakan untuk konsert rock dan hiburan termasuk pertunjukan Justin Bieber pada 21 April lalu.

Apakah Justin Bieber lebih berhak menggunakan Stadium Merdeka daripada ribuan rakyat negara ini yang mahu menyuarakan keperluan pilihan raya yang adil dan telus secara aman?

Tentunya tidak. Namun inilah alasan yang dijaja oleh Najib kepada penyokong-penyokong Umno, ahli pertubuhan silat dan sebagainya, sehari selepas perhimpunan BERSIH 2.0.

NONEPenganjur BERSIH menyedari perangkap yang diletakkan oleh Najib dan Hishamuddin dan terus berpegang kepada hak mereka mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, walaupun di luar perkarangannya.

Ini kerana Stadium Merdeka adalah kawasan “neutral” dan adalah “milik” rakyat Malaysia serta bukan di bawah telunjuk mana-mana parti politik.
Patahkan BERSIH

Apabila penganjur mengambil ketetapan ini, maka arahan dikeluarkan kepada pihak polis untuk melakukan apa yang perlu bagi mematahkan rancangan BERSIH.

NONEJusteru diadakan sekatan-sekatan jalanraya, penutupan kawasan tertentu, pembekuan permit bas ke Kuala Lumpur dan pemeriksaan di hotel-hotel menjelang 9 Julai.

Perintah mahkamah diperolehi untuk menghalang penganjur dan pemimpin politik tertentu daripada memasuki Kuala Lumpur. Ibu negara seolah-olah dalam keadaan darurat.

Dengan kongkongan sebegitu, tidak hairanlah pada 9 Julai, pancutan air berkimia, gas pemedih mata polis menunggu puluhan ribu rakyat pelbagai kaum yang keluar beramai-ramai menghala ke Stadium Merdeka.

NONEHak mereka untuk berjalan secara aman dicabuli dengan sewenang-wenang di atas nama memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

Najib harus menerangkan bagaimana satu “perjalanan demokrasi” oleh rakyat untuk dua tiga jam di beberapa kerat jalanraya boleh menjadi isu keselamatan negara dan mendatangkan kerugian berbilion ringgit kepada peniaga, jika tidak ada provokasi polis!
Rakyat dihukum

Jika polis telah memberi kerjasama kepada lebih 5,000 pengawal yang disediakan oleh penganjur BERSIH untuk mengawal lalu lintas dan aspek keselamatan lain, apakah kita akan menyaksikan adegan-adegan yang terpampang di Internet sekarang.

NONERasanya tidak!

Akibat agenda politik Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, puluhan ribu rakyat yang “berani” menyokong BERSIH seolah-olah dikumpulkan di Kuala Lumpur dan “dihukum” dengan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.

Lebih 1,600 orang ditangkap untuk diheret ke mahkamah, seorang mati dan tidak kurang yang menyimpan parut luka atau kenangan “ikhlas”dari polis.

funeral baharudin bersih protesterJusteru, janganlah Perdana Menteri dan sepupunya terlalu bingkas menuding jari kepada penganjur BERSIH 2.0 di atas kekecohan Sabtu lalu.

Tidak dinafikan keganasan berlaku, tetapi siapa yang mencetuskannya dan siapa pula yang mengganas?

Bak kata Karam Singh Walia dari TV3: Siapa pula yang melontar batu dan menyembunyi tangan?

Isnin, 11 Julai 2011

A Samad Said ajak golongan muda ubah negara

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sasterawan Negara,  Datuk A. Samad Said mengajak rakyat jelata terutamanya golongan muda mengubah pemimpin negara melalui demokrasi  untuk membentuk kerajaan baru yang adil, tulus dan berkebajikan.

“Kita berada disini adalah hak kita, kita berada di sini adalah sebab kita mencintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan Umno," kata Samad ketika memberikan ucapan ringkas kepada peserta perhimpunan Bersih Sabtu lepas.

Beliau melahirkan rasa bangga dengan semua rakyat yang hadir dalam himpunan Bersih 2.0  untuk menuntut hak pilihanraya yang bersih dan tulus untuk mengadap sultan bagi menyerahkan memorandum.

"Tetapi perjalanan kita disekat di semua penjuru oleh Polis dan FRU,” kata Pak Samad di hadapan rakyat yang berkumpul di hadapan Kuil Budha untuk menuju ke Stadium Negara petang Sabtu lepas.

“ Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan Umno, negara  ini bukan milik Rosmah tetapi negara ini milik rakyat.  Ini rumah kita,” katanya.

Bagi beliau, rakyat  ke stadium Merdeka dengan  bertekad untuk menyatakan hak tetapi disekat,  di layan buruk oleh pihak polis dan FRU.

Menurut Pak Samad, dia datang daripada KL Central. Namun belum pun  sempat sampai KL Central mata beliau sudah pedih ditembak dengan gas pemedih mata yang sangat dasyat.

"Mata kanan saya terlalu pedih dan merah yang amat sangat.   Beberapa wartawan yang jalankan tugasnya juga dilayan dengan kasar oleh polis. Beg wartawan juga di selongkar…mengapa teruk sangat mereka menjalankan tugas?" soal tokoh yang dinobatkan sebagai Sastrawan Negara itu.

Menurut Pak Samad, mereka datang memang ingin serahkan memorandum kepada sultan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan  adil tetapi tidak kesampaian kerana polis telah sekat dan tidak bertolak ansur langsung dalam perbincangan dengan beberapa orang pimpinan NGO.

Berbagai alasan yang diberikan oleh polis. “saya benar-benar rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia , Najib yang telah memungkiri janji kepada rakyat.

"Najib berjanji kepada kita akan beri pilihan untuk adakan himpunan sampai jam berapa pun kita tidak kisah, nak pekik telolong sampai ke pagi pun mereka tak peduli, tetapi bila kita pilih Stadium Merdeka, mengapa mereka berdolak dalih dan tidak membenarkan penganjur untuk adakan bersih di stadium.

"Bahkan semua urusan permit tidak diluluskan walaupun  sudah beberapa kali diminta.

“Mengapa mereka tidak luluskan, adakah mereka takut dengan kebangkitan rakyat?”  soal beliau.

Sehubungan itu, beliau memberikan peringatan:

“saya ingin ingatkan kepada semua rakyat. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi  oleh itu,  kita harus bijak gunakan demokrasi ini. Kalau kita tidak bijak orang akan peralatkan sistem demokrfasi negara kita untuk kekalkan kuasanya seperti apa yang berlaku sekarang," tegasnya.
(Antara ribuan yang mendengar ucapan A Samad Said)
Menurut beliau, dalam demokrasi ada lunasnya yang perlu dihormati, antaranya mendengar suara rakyat bukan terus menolaknya. "Kita ini adalah insan."

Justeru itu, beliau berharap semua rakyat harus fikirkan  masa depan negara ini.

"Masa depan negara  kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang layak mengubah. Setiap orang muda harus  fikir bagaimana  untuk membantu membentukkan kerajaan yang baru," kata Samad yang diikuti dengan laungan takbir daripada rakyat yang  berhimpun disitu.

Gandakan kejayaan Bersih 2007


Sementara itu pula Saudara Mazlan Aliman pejuang rakyat pula berkata,  “walaupun kita hadapi ugutan dengan ancaman sekatan daripada pihak  berkuasa polis yang dikuasai oleh Umno tetapi kita berjaya  hadapi dengan tenang dan dapat berkumpul dengan aman melebihi 300, 000 rakyat yang datang dari seluruh negeri”.

Demokrasi petang ini mencatat sejarah apabila ratusan ribuan manusia berkumpul di merata tempat.

"Message ini jelas kita berikan kepada PM bahawa rakyat ingin menuntut pilihanraya yang telus dan bersih. Dengan itu saya harap kepada semua peserta himpunan Bersih 2.0 jadikan  himpunan ini sebagai pusingan ke dua.

"Kalau 2007 ribuan penduduk berkumpul dalam himpunan bersih  sehingga Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas lima negeri dan akan datang  saya harap kita akan rampas semua negeri di Malaysia ini," katanya dengan disambut laungan takbir.

Beberapa badan NGO, aktivis anti ISA juga turut beri ucapan menuntut keadilan  dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Pemuda Amal kecam akhbar ubah suai gambar

TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng” semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.
(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya)
Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.

Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar  yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.

“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis.

“Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.

“Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar,” katanya.

Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa.

Ahad, 10 Julai 2011

Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid

KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.
Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.
Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.
(Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)
Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.
Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.
"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.
Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.
"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.
Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.
Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.
Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.
"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.
Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.
"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.
Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.
(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)
"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.
Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.
"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu.

Beribu penuhi Kuala Lumpur




KUALA LUMPUR – Hampir 10,000 penyokong Bersih 2.0, berhimpun di Jalan Tun Perak, bagi menyatakan protes kepada pihak berkuasa selepas dihalang berkumpul di perkarangan Stadium Merdeka semalam.

Kumpulan pertubuhan itu, berkumpul di Masjid Negara, Stesen Keretapi Kuala Lumpur, dan beberapa laluan panas sekitar ibu kota.

Kehadiran mereka seawal jam 7 pagi dan juga bermalam di pusat bandar, bagi mengelakkan dihalang memasuki kawasan itu, akibat sekatan jalan raya. Mereka bergerak dalam kumpulan kecil lalu berarak ke Jalan Tun Perak.

Selepas disekat polis, mereka mengubah laluan ke Jalan Melaka, Jalan Raja Chulan dan Jalan Pudu.

Mereka seterusnya bergabung semula di hadapan Menara Maybank sehingga menampakkan lautan manusia, kira-kira jam 1 petang.

Bendahari Pas, Dr Mohd Hatta Ramli dilihat berucap, sebelum Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak, 40 minit kemudian dengan laungan ‘Bersih’ dan ‘Reformasi’.

Amaran awal diberikan kepada kumpulan berkenaan untuk bersurai tidak diendahkan sehingga FRU melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata.

Kira-kira jam 4 petang, kumpulan besar itu akur dengan arahan polis dan bersurai.

Sementara itu, kira-kira 20 orang diketuai oleh Sasterawan Negara A Samad Said turut dihalang anggota polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Kelantan Tuan Rumah Piala Sumbangsih 2012.

Kelantan selaku juara bertahan Liga Super bakal diberi penghormatan selaku penganjur perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2012.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri Annuar Musa kepada pihak akhbar Kosmo ketika ditemui selepas sambutan juara liga bersama para penyokong, Kelantan akan menjadi penganjur untuk perlawanan merebut Piala Sumbangsih nanti.

Selain menjadi tuan rumah saingan Piala Sumbangsih, Kelantan turut disahkan akan mewakili Malaysia ke pertandingan Piala AFC, pada tahun hadapan.

Para peminat The Red Warriors pasti teruja menanti saingan pembuka tirai bermain di arena mereka walaupun masih ada setengah tahun akan dilangsungkan.

Kelantan selaku juara bertahan Piala Sumbangsih sudah tentu mahu mempertahankan piala yang dimenangi awal tahun tempoh hari sementelah pula bermain di gelanggang sendiri.

Dengan kenyataan yang disampaikan Presiden KAFA yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tidak mustahil piala tersebut akan terus berada di Kota Bharu untuk semusim lagi.

Untuk catatan, Kelantan memenangi Piala Sumbangsih buat kali pertama selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, akhir Februari lepas.