Muhd Badhri Radzi (pen m-14, 65)
Azammuddin Mohd Akil (m-37)
T-TEAM 1
Mohd Fitri Omar (pen m-24)
Mohd Fitri Omar (pen m-24)
KOTA BHARU – Kelantan meneruskan momentum cemerlang dalam aksi perlawanan persahabatan pra Piala Malaysia setelah mengalahkan pasukan berstatus kelab, T-Team 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam semalam.
Dengan penampilan barisan terkuat yang disifatkan bayangan utama pasukan yang akan menggalas tugas dalam kempen Piala Malaysia tidak lama lagi, The Red Warriors tidak perlu menunggu terlalu lama untuk memperolehi gol pertamanya.
Seawal m-14 perlawanan, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti apabila penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan oleh Ketua Pasukan T-Team, Rosdi Talib didalam kotak penalti. Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol pertama Kelantan.
Ketinggalan satu gol tidak memberi tekanan kepada anak buah Yunus Aliff sebaliknya tetap bersemangat mengatur serangan ke pintu gol Kelantan. Bezanya tiga minit kemudian, Mohd Fitri Omar menerima umpanan cantik Mohd Norfarhan Muhammad namun terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan setelah dikesan berada dalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.
Tiga minit berselang, kelonggaran benteng pertahanan T-Team terserlah apabila. pemain pertahanan, Norfadzly Alias gagal menampan kemas bola didalam kotak penalti. Namun penyerang pinjaman, Azammuddin Mohd Akil pula lambat melepaskan rembatan ke pintu pasukan pelawat yang sudah ternganga setelah Mohd Jibrail Kamaron Baharin sudah pun tertewas diposisinya.
Akhirnya gol penyamaan yang dinantikan menjelma juga pada m-24 perlawanan. Tindakan penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail yang menjatuhkan Shamsul Kamal Mohamad dalam kotak penalti mengundang padah apabila pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada pasukan pelawat. Penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini, Mohd Fitri tenang merembat ke penjuru sebelah kanan untuk gol penyamaan,
Pada m-37, Azammuddin menebus kembali kesilapannya apabila menjaringkan gol kedua untuk Kelantan. Menampan kemas hantaran lintang S Canturu didalam kotak penalti, Azammuddin yang tidak dikawal mudah menguis masuk untuk menceriakan hampir 10,000 penyokong setia Kelantan.
Minit-minit akhir babak pertama, seharusnya Kelantan berada dalam keadaan selesa namun kegopohan Muhd Badhri yang menyepak liar ke sebelah kiri pintu gol T-Team menyaksikan keputusan kekal 2-1 berpihak sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel perlawanan.
Tidak ada pertukaran pemain bagi kedua-dua pasukan sebaik sahaja babak kedua bermula. Ancaman pasukan pelawat bermula pada m-55 menerusi percubaan bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin namun sepakan percuma yang diambilnya tinggi melewati pintu gol.
Enam minit berselang, pemain tengah Tengku Hasbullah Raja Hassan turut mencuri perhatian apabila sempat melepaskan rembatan kencang dari tengah memaksa penjaga gol, Mohd Shahrizan menepis keluar rembatan tersebut.
Tiga minit kemudian, Muhd Badhri terus menjarakkan kedudukan apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan. Berpunca gerakan solonya dari tengah padang, Muhd Badhri bijak melepasi kekangan tiga pemain T-Team sebelum merembat kencang menewaskan Mohd Jibrail Kamaron Baharin dipintu golnya.
Namun Muhd Badhri terlepas peluang untuk menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut apabila rembatan jarak dekatnya tiga minit selepas itu ditepis keluar Mohd Jibrail Kamaron.
Lima minit sebelum perlawanan berakhir, penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan sesemangnya layak di gelar dengan panggilan ‘The Linesman’ apabila bijak memperdayakan tiga pemain pertahanan T-Team ditepi garisan gol namun rembatannya pula diselamatkan penjaga gol gantian, Ismail Abd Rahman.
KESEBELASAN UTAMA PEMAIN :
KELANTAN : Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Farisham Ismail, S Subramaniam, Mohamad Ab Aziz Ismail (Khairan Eruan Razali), Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP) (Muhammad Ramzul Zahini Adenan), Mohd Shakir Shaari, S Chanturu (Khairul Izuan Rosli), Azammuddin Mohd Akil dan Norshahrul Idlan Talaha.
FORMASI : 4-5-1
T-TEAM : Mohd Jibrail Kamaron Baharin (Ismail Abd Rahman), Subri Sulong (Mohd Shahrul Ezrain Samsudin), Azizi Matt Rose (Hasbullah Awang), Rosdi Talib (KP), Norfazly Alias, Zairo Anuar Zailani (Rosli Muda), Tengku Hasbullah Raja Hassan, Indra Putra Mahayuddin, Shamsul Kamal Mohamad (Khairul Izwan Khalid), Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohd Fitri Omar (Mohd Haris Safwan Md Kamal).
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (6) T-Team (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (7) T-Team (4)
Sepakan penjuru : Kelantan (7) T-Team (1)
Sepakan percuma : Kelantan (18) T-Team (8)
Offsaid : Kelantan (3) T-Team (8)
Kekasaran : Kelantan (5) T-Team (11)
Kad kuning : Kelantan (S Subramaniam) T-Team (Mohd Norfarhan Muhammad)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) T-Team (45%)
Percubaan tersasar : Kelantan (7) T-Team (4)
Sepakan penjuru : Kelantan (7) T-Team (1)
Sepakan percuma : Kelantan (18) T-Team (8)
Offsaid : Kelantan (3) T-Team (8)
Kekasaran : Kelantan (5) T-Team (11)
Kad kuning : Kelantan (S Subramaniam) T-Team (Mohd Norfarhan Muhammad)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) T-Team (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Shamsuddin Ibrahim
Penolong Pengadil 1: Rosfaidi Mohd Yusof
Penolong Pengadil 2: Mohd Hafizi Kasmuri
Pegawai Keempat : Mat Suburi Isa
Kommisioner Perlawanan : Abd Ghani Omar
General Kordinator : Arif Hassan
Penolong Pengadil 1: Rosfaidi Mohd Yusof
Penolong Pengadil 2: Mohd Hafizi Kasmuri
Pegawai Keempat : Mat Suburi Isa
Kommisioner Perlawanan : Abd Ghani Omar
General Kordinator : Arif Hassan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan